Friday, September 4, 2009

sikap seorang jutawan



Berdasarkan laporan kekayaan penduduk dunia yang dikeluarkan oleh Merrill Lynch dan firma perunding Capgemini, terdapat 9.5 juta orang jutawan ( memiliki harta bernilai lebih USD 1juta ) di seluruh dunia pada tahun 2006 


Pada tahun tersebut Singapura,India dan Indonesia,mencatatkan pertumbuhan paling tinggi bilangan penduduk yang berjaya mencapai status jutawan. Pada tahun 2007 pula, dianggarkan trdapat 415 orang yang bertaraf bilionair di Amerika Syarikat, 101 orang di Rusia dan 60 orang di Jerman.

Menjadi jutawan ialah idaman semua orang , Namun demikian , pada tahun 2006 dianggarkan Cuma 6% daripada penduduk dunia berupaya mencapai status tersebut. Soalanya , di manakah perginya baki 94% yang lain itu ? Banyak yang beranggapan bahawa Negara , bangsa, kepandaian dan peluang ialah factor utama, namun kepecayaan tersebut tersasar jauh daripada kebenaran.

Faktor utama yang membezakan mereka ialah corak minda. Jutawan didapati mempunyai cara berfikir yang berbeza daripada golongan biasa. Mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang konsep pemilihan kerjay, pasangan, tempat tinggal , penggunaan masa lapang, pendidikan hinggalah knderaan yang dipandu.

Menurut kajian Dr.Thomas J. Stanley, corak minda bukan bermaksud kepandaian IQ yang tinggi , tetapi membawa kepada maksud " berfikir dengan betul ". Fikiran yang betul tentang pemilihan krjaya adalah berasaskan minat dan kebolehan seseorang.

Mereka menjadi jutawan hasil daripada pendapatan kerana melakukan ssuatu yang di minatinya atau menggunakan kemahiran tertentu yang dimiliki.

Dengan memilih kerjaya dalam segmen tersebut, mereka berupaya memberikan perkhidmatan yang lebih baik daripada orang lain.

Oleh sebab itu , mereka dibayar dengan imbuhan yang lebih tinggi brbanding dengan orang lain. Menurut kajian Dr.Stanley, dua pertiga jutawan telah mendefinisikan diri mereka sebagai bekerja sendiri atau usahawan dan bergiat dalam bidang yang membolehkan mereka menjadi penyumbang terbaik.

Namun demikian, memperolh pndapatan yang lumayan sahaja bukanlah syarat mutlak untuk bergelar jutawan. Mereka harus juga mempunyai fikiran yang betul tentang konsep perbelanjaan. Jutawan percaya , pengurusan kewangan bermula dari rumah. Lebih daripada 80% peratus jutawan memilih pasangan hidup yang lebih konservatif tentang kewangan berbanding dengan mereka , disamping mampu menguruskan perbelanjaan keluarga dengan baik.

Dalam memilih pasangan hidup, mreka memahami perbezaan antara seorang pengurus perbelanjaan dengan seorang yang bakal menjadi sumber perbelanjaan dalam ekonomi rumah tangga.

Lebih daripada 90% peratus jutawan terdiri daripada mereka yang sudah berumahtangga dan sebahagian besar mereka pula cuma mempunyai SEORANG ISTERI.

Mereka berkongsi falsafah pengurusan yang sama dengan Tun Daim Zainuddin , bekas Menteri Kewangan Malaysia iaitu " Tingkatkan Pendapatan dari masa ke semasa, namun kekalkan cara hidup lama ".Menurut satu maklum balas, 80% peratus penduduk Malaysia menghabiskan pendapatan bulanan mereka dalam perbelanjaan isi rumah dan terus meningkatkan perbelanjaan tersebut seandainya berlaku peningkatan pada tahap pendapatan bulanan. Cara ini sangat bertentangan dengan kaedah berfikir GOLONGAN JUTAWAN.
Para jutawan juga tidak mahu memasuki zon yang diistilahkan olh mreka sebagai "Fokus Serangan ". Mereka berfikir bahawa adalah bijak untuk terus kekal di kawasan perumahan yang sedia ada , walaupun mereka mampu memiliki rumah yang lebih mewah , di samping mngelakkan diri daripada sasaran jenayah dan memulakan hutang baru perumahan.
Pada masa yang sama , mreka juga mampu menikmati peningkatan nilai rumah yang sdia ada . Di Amerika, leboh daripada 90% peratus jutawan tinggal di rumah milik sendiri dan kebanyakkan daripada mereka tinggal di rumah yang sama sejak 20 tahun lalu ! .

No comments: